Jumaat, 11 September 2009

Hantaran Tema Purple


Gubahan ni sangat sweet... memang semuanya warna purple, dan cream... yang ni saya sponsor hantaran, sbb yang kawin ni anak buah saya. Bajet ciput untuk budak yang masih belajar... kalau dah keje dan guna duit sendiri, boleh buat yang grand punya... untuk anak buah sulung yang comel dan sweet, inilah hantaran yang saya buat untuk dia... semoga kakak bahagia sokmo...















Hantaran Merah dan Putih


Yang ini adalah set hantaran yang saya buat saje2... bosan2 duduk rumah... saya sgt suka combination merah dan putih, tapi setakat ni takde sesape yang nak kaler ni... asek2 purple... hehehhe... tp sbb saya pun suka juga purple, saya enjoy je buat hantaran kaler purple...





Hantaran Gold-Silver


Ini ialah hantaran yang dibuat semula untuk Kak Laila, menggunakan material kain satin untuk digubah menjadi bunga. Gambar yang cantik-cantik semua dah tak ada, yang ada cuma yang ini, yang masih dalam proses penggubahan 'trial n error' sebenarnya...












Kembali Semula...


Hai...

Sudah lama (bukan setakat lama, malah bertahun juga) saya tak update blog. Susah nak dapat capaian internet... itu alasan dulu la... sekarang sudah ada broadband, maka masalah selesai. Boleh update selalu lepas ni. Tapi gambar-gambar utk yang 2 tahun lepas tu ada yg masih ada, ada yang telah hilang bersama telefon kesayangan. Ya, saya sangat bijak pandai... tidak save gambar-gambar tersebut di laptop saya... maka saya akan godek2 laptop ni untuk tengok gambar apa je yang ada...

Buat masa sekarang, yang ada cuma yang di bawah ni. Yang ini sepatutnya jadi hantaran untuk my best-kakak, Kak Laila... tapi disebabkan dip tak cukup, dan juga mana ada kedai jual dip di Kuala Terengganu, maka sempat dapat 4 sahaja... saya bercadang untuk jual yang ni dengan harga lelong RM30 bagi bunga dip sahaja, atau RM40 kalau dengan gubahan... boleh juga kalau nak minta buatkan lagi, maksudnya nak tambah jadi 11 ke... tapi kena bagitau awal sbb dip kena import dari KL... huhuhu

Hantaran di bawah adalah contoh penggayaan bunga dip / bunga dulang tersebut:











RM30 untuk bunga dulang sahaja
RM40 untuk gubahan bagi satu dulang

Jumaat, 28 Disember 2007



JUALAN AKHIR TAHUN:

RM30 SATU HANTARAN.

SILA EMAIL JIKA BERMINAT.

HANYA WARNA PURPLE+CREAM SEBAGAIMANA DI DALAM GAMBAR

Rabu, 19 September 2007

Orange-Peach Theme: Artificial Flower

Gubahan ini digubah khas untuk majlis pertunangan yang masih lagi Cik Juliana Sharida dengan Encik Azman pada 8 Sept yang lepas di Kuala Terengganu. Si dara memilih untuk mengenakan persalinan berwarna Oren, dan meminta digubah hantaran berona Peach dan Oren. Sesuai dengan majlis pertunangan, gubahan yang disediakan adalah ringkas sahaja:


Potpuri sebagai pengganti sirih junjung


3 hantaran di dalam bakul semasa dalam proses penggubahan

7 hantaran yang telah siap dan tunggu diangkut ke rumah Ju

9 hantaran di rumah pengantin

Hantaran dari pandangan depan

Bekas cincin

Songkok dan pelikat untuk teruna menunaikan solat

Sepersalinan baju melayu untuk hari raya

Persalinan songket untuk majlis akad nikah

Sejadah sebagai pelengkap hantaran

Buah-buahan hantaran wajib

Semangkuk manisan

Tiara yang direka khusus untuk Ju
~sekarang dibuka untuk sewaan: RM7 sahaja~

Ju di hari bahagia mengenakan tiara

Seri terserlah dengan solekan dan tiara yang sesuai
Terima kasih kepada Ju :-)



BERMINAT?

RM35 ke atas bergantung kepada design dan penggunaan bahan.




Selasa, 21 Ogos 2007

Fresh Flower: Purple Theme

Majlis Perkahwinan Kak Yan & Lan pada 17 Jun 2007 di Kuala Terengganu.
Bertemakan warna Ungu...









Bekas cincin dengan 3 kuntum mawar putih lambang cinta suci



Songket dari pandangan sisi

Songket dari pandangan depan pada siang hari

Songket pada malam hari...bergermelapan

Sirih junjung yang merimbun

Gubahan sejadah

Perfume di dalam taman

Kemeja dihiasi bunga




Kasut dilihat dari depan sebelah tepi (hehehe)

Kasut dilihat dari belakang sebelah tepi juga (hehhe lagi)

Akhirnya...kasut dari depan

Gubahan coklat...dengan pandangan yang jelas

Coklat...dengan pandangan yang ala-ala kabur

Gubahan buah-buahan segar



Tali pinggang di taman bunga




BERMINAT....???


Dalam lingkungan RM45-rm70 satu dulang...

bergantung kepada jenis bunga yang diminta