Gubahan ni sangat sweet... memang semuanya warna purple, dan cream... yang ni saya sponsor hantaran, sbb yang kawin ni anak buah saya. Bajet ciput untuk budak yang masih belajar... kalau dah keje dan guna duit sendiri, boleh buat yang grand punya... untuk anak buah sulung yang comel dan sweet, inilah hantaran yang saya buat untuk dia... semoga kakak bahagia sokmo...
Jumaat, 11 September 2009
Hantaran Tema Purple
Gubahan ni sangat sweet... memang semuanya warna purple, dan cream... yang ni saya sponsor hantaran, sbb yang kawin ni anak buah saya. Bajet ciput untuk budak yang masih belajar... kalau dah keje dan guna duit sendiri, boleh buat yang grand punya... untuk anak buah sulung yang comel dan sweet, inilah hantaran yang saya buat untuk dia... semoga kakak bahagia sokmo...
Hantaran Merah dan Putih
Hantaran Gold-Silver
Kembali Semula...
Hai...
Sudah lama (bukan setakat lama, malah bertahun juga) saya tak update blog. Susah nak dapat capaian internet... itu alasan dulu la... sekarang sudah ada broadband, maka masalah selesai. Boleh update selalu lepas ni. Tapi gambar-gambar utk yang 2 tahun lepas tu ada yg masih ada, ada yang telah hilang bersama telefon kesayangan. Ya, saya sangat bijak pandai... tidak save gambar-gambar tersebut di laptop saya... maka saya akan godek2 laptop ni untuk tengok gambar apa je yang ada...
Buat masa sekarang, yang ada cuma yang di bawah ni. Yang ini sepatutnya jadi hantaran untuk my best-kakak, Kak Laila... tapi disebabkan dip tak cukup, dan juga mana ada kedai jual dip di Kuala Terengganu, maka sempat dapat 4 sahaja... saya bercadang untuk jual yang ni dengan harga lelong RM30 bagi bunga dip sahaja, atau RM40 kalau dengan gubahan... boleh juga kalau nak minta buatkan lagi, maksudnya nak tambah jadi 11 ke... tapi kena bagitau awal sbb dip kena import dari KL... huhuhu
Hantaran di bawah adalah contoh penggayaan bunga dip / bunga dulang tersebut:
RM30 untuk bunga dulang sahaja
RM40 untuk gubahan bagi satu dulang
Jumaat, 28 Disember 2007
Rabu, 19 September 2007
Orange-Peach Theme: Artificial Flower
Gubahan ini digubah khas untuk majlis pertunangan yang masih lagi Cik Juliana Sharida dengan Encik Azman pada 8 Sept yang lepas di Kuala Terengganu. Si dara memilih untuk mengenakan persalinan berwarna Oren, dan meminta digubah hantaran berona Peach dan Oren. Sesuai dengan majlis pertunangan, gubahan yang disediakan adalah ringkas sahaja:





Selasa, 21 Ogos 2007
Fresh Flower: Purple Theme
Majlis Perkahwinan Kak Yan & Lan pada 17 Jun 2007 di Kuala Terengganu.
Bertemakan warna Ungu...
Bertemakan warna Ungu...




Bekas cincin dengan 3 kuntum mawar putih lambang cinta suci



Songket dari pandangan depan pada siang hari

Songket pada malam hari...bergermelapan






Kasut dilihat dari depan sebelah tepi (hehehe)

Kasut dilihat dari belakang sebelah tepi juga (hehhe lagi)


Gubahan coklat...dengan pandangan yang jelas

Coklat...dengan pandangan yang ala-ala kabur




Dalam lingkungan RM45-rm70 satu dulang...
bergantung kepada jenis bunga yang diminta
Langgan:
Catatan (Atom)